Wednesday, July 20, 2011

Tiga cara

Ikut pengalaman hidup aku ada beberapa cara untuk protes ataupun membuat bantahan atas ketidakpuasan hati.
1. Cara pertama adalah buat bising. Ini bukannya bermaksud pergi main muzik ataupun join pancaragam sambil buat barisan depan orang yang berkaitan itu tapi apa-apa yang tak puas hati tu suarakan aja depan-depan. Biar riuh rendah. Biar apa pun terjadi lepaskan aja semuanya. Tapi cara ini membuatkan anda sangat teruk di mata orang lain dan dicop dengan macam-macam gelaran kehormat yang menyakitkan telinga dan hati.
2. Cara kedua adalah pendekatan menyindir. Muka buat ceria sambil senyum manis menawan kalbu tapi bahasa mak ai tepat kena ke dasar hati. Bagi yang terkena mungkin tak boleh tidur beberapa malam sebab sakit hati. Bila praktik cara ini bersedialah untuk dilabelkan sebagai mulut jahat, mulut longkang ataupun mulut jamban. Pastikan juga anda tahu bacaan pendinding dikhuatiri anda akan jadi mangsa sihir dan santau. Lagipun dewasa ini industri ilmu hitam sedang rancak berkembang.
3. Cara ketiga adalah dengan tidak memberikan respon secara lisan. Juga tidak mengata belakang ataupun bukak korum mengumpat dengan orang lain. Tapi dengan melakukan tindakan-tindakan yang menunjukkan anda tidak bersetuju ataupun tidak berpuas hati dengan orang terbabit. Perlakuan buat macam biasa, menyembang macam selalu tapi pastikan dia nampak apa anda buat itu. Contohnya bagi hausmate yang suka buat sepah boleh tawarkan diri untuk kemas semua barangnya sambil mempamerkan wajah ikhlas yang penuh dengan kemanisan. Kalau tak sentap lagi memang bukan manusia la tuh.

Wednesday, July 13, 2011

Check Out

Dah tiga tahun aku duk di Villa Sri Muafakat ni. Memang tepat tiga tahun. Masuk tengah bulan Julai 2008, keluar pun tengah bulan yang sama cuma tahun 2011. Rasanya dah sampai waktu aku check out. Bye bye.

*tuan rumah~ terima kasih banyak2 sebab anda memang insan paling pemurah yang pernah aku kenal..

Tuesday, July 12, 2011

Perosak

Kalaulah Malaysia ni pakai undang-undang Islam haruslah pencuri malam tadi kena potong tangan. Kalau boleh potong semua tangan dan kaki sekali. Sebab memang jahanam punya makhluk. Ikut hati maunya ambik barang yang pencuri tu tertinggal bawak pi hanta bomoh Siam, suruh bomohkan sampai masuk kubur. Lagi cepat lagi baik. Tapi sebab tu berdosa besar so tak boleh buat. Yang mampu buat doakan si pencuri tu dapat bala. Setimpal dengan apa yang dia buat sampai orang lain susah. Gila apa bangun tengah-tengah malam pi balai polis dengan baju tidur. Dah la tengah mamai cakap pon main ikut sedap mulut. Apapun aku rasa ada bagusnya jika ada kebolehan menjerit sampai bergegar rumah. Jiran-jiran pun terbangun, pencuri pon lari macam babi liar. Terkejut katanya sampai tertinggal peralatan semua bagai. Bodos punya orang, patut mati aja. Aku geram.

*orang duk kata polis jahat, bagi aku diorg elok saja..layanan pun tiptop

Monday, July 4, 2011

Bunian

Pagi tadi bertolak balik ke KB. Sesampai di rumah tengok2 ada nasik dalam periuk. Nampak gaya baru aja masak, bukan yang malam tadi punya. Bila periksa rumah takde orang. Kosong saja. Double check pun masih kosong. Pelik macam ni. Kalau tinggal nasik depan pintu macam kebiasaan tu dah tak heran dah. Ni duk dalam dapur. Tapi tak sempat nak pikir secara mendalam sebab dah terlewat untuk satu temujanji. Bila selesai semua balik rumah. Hajat di hati mahu berehat sekejap. Tapi masuk rumah tengok ada tudung saji kat atas meja. Bila bukak ada beraneka lauk. Ish, baru teringat balik misteri nasi seperiuk tadi. Kali ni ada lauk pula. Nampak cam sedap. Ada pulak seafood. Kalau tak kerana bedal durian sebijik tadi rasa seafood tu dah masuk dalam mulut. Tapi persoalannya sape yang masak semua ni? Rumah masih kosong. Tadi masa keluar aku cukup yakin lauk-lauk ni takde atas meja. Tudung saji pun tersangkut kat tempat dia, bukan atas meja seperti sekarang ni. Dalam kepala teringat kisah dongeng kanak-kanak yang pasal sorang petani balik bendang, sampai rumah semua makanan dah sedia. Bila diintip rupanya puteri bunian yang tolong masak. Tapi citer ni sangat tak kena dengan hidup aku, lagipun aku bukan balik dari mengerjakan bendang. Aku balik dari rumah mak bapak aku. Rasanya takkan ada puteri bunian yang sanggup buat semua ni untuk kawen ngan aku kot. Ke ni hasil kerja si polan sorang ni yang suka mengintip aku? Sampai rumah aku di teganu pun dia intip. Dulu intip dalam laptop baca semua citer2 yang aku simpan untuk aku sorang aja. Tapi orang ni tak reti masak. Jauh sekali nak masak, jauh sekali nak masak lauk-lauk yang proper cam tadi. Pelik nih. Buat aku seriau...